SUDIKAH KAU MENJADI IMAMKU

Posted in Minggu, 10 April 2011
by Unknown
Sang Habibah BaraQbah

لسلام عليكم ورحمة الله و بركاته

Satu ketika seorang suami bertanya kepada istri tercintanya.

Sudikah kau menjadi Makmum disetiap solatku..
agar solatku lebih bermakna dan terjaga hendaknya..

sudikah kau menjadi Penjaga diri
dan kehormatanku agar hidupku lebih tenang dan bahagia

sudikah kau menjadi Pendidik hati
dan jiwaku agar rohaniku terisi hikmahNya
dan akhlakku terjaga hendaknya

sudikah kau menjadi Pemerhati setiap gerak dan langkahku
agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku

sudikah kau menjadi Peneman di kala suka dan duka ku agar satu hari,
jika ujian itu datang air mataku ada yg menghapuskan..

sudikah kau menjadi Pembela diriku
dan agamaku agar aku terus berada di atas jln yg benar

sudikah kau menjadi Penggerak semangatku..
agar bila aku kelesuan kau mampu membei bantuan walau hanya sekadar senyuman

Sudikah kau menjadi Sahabat buat diriku..mendengar luahan hatiku agar aku boleh berbicara apa saja dgn mu
tanpa rasa ragu..

Sudikah kau menjadi Penghibur ketika ku kesunyian
agar aku boleh ketawa riang

Istripun menjawab

"Ya, Aku sudi..Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"

Tetapi,aku kembalikan persoalan ini kepadamu..sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?

jika aku sudah tidak seperti dulu?Sudikah kau pula menjadi Imam, Penjaga, Pendidik Pemerhati,Peneman, Pembela
Penggerak, Sahabat dan Penghiburku Jika suatu ketika nanti aku sudah tidak mampu lagi menjadi Makmum di setiap solatmu..Jika aku sudah tidak mampu lagi menjagamu,menemanimu memerhatikanmu,mendidikmu membelamu,menggerakkanmu menjadi sahabatmu dan menghiburkanmu

Sudikah kamu wahai suamiku.....................?

Aku percaya..kau masih sudi..
"Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI
dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI"

Nikmatilah Percintaan itu dgn caranya yg terindah
PERCINTAAN yang indah ketika semua Halal Di hadapanNYA