Andai Rasulullah SAW datang ke rumah kita.......

Posted in Selasa, 22 Maret 2011
by Mbah Lalar
Oleh : Anggota WLML (Nur Sari Aini)

Bayangkan apabila Rasulullah SAWW dengan seizin Allah, tiba-tiba muncul mengetuk rumah kita... Baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih di muka pintu rumah kita.. Apa yang akan kita lakukan? Mestinya kita akan sangat berbahagia, memeluk beliau erat-erat, dan lantas mempersilakan beliau masuk ke ruang tamu kita. Kemudian kita tentunya akan meminta
dengan sangat agar Rasulullah SAWW sudi menginap beberapa hari di rumah kita. Beliau tentu tersenyum.....
Tapi barangkali Kita meminta pula Rasulullah SAWW menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringat video CD Rated 18xxx yang ada di ruang tengah, dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu CD tersebut ke dalam. Beliau tentu tetap tersenyum.....
Atau barangkali, kita teringat akan lukisan wanita separuh telanjang yang kita gantung diruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa.. Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan Muhammad yang ada diruang samping dan meletakkannya di ruang tamu. Beliau tentu tersenyum.....
Bagaimana bila Rasulullah SAWW bersedia menginap dirumah kita? Barangkali kita teringat bahawa anak kita lebih hafal lagu-lagu barat daripada menghafal selawat kepada Nabi. Barangkali kita menjadi malu bahawa anak-anak tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah SAWW, kerana kita lupa dan lalai mengajari anak-anak kita. Beliau tentu tersenyum.....
Barangkali kita jadi malu bahawa anak-anak kita tidak mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah SAW dan sahabatnya, tetapi hafal di luar kepala mengenai anggota Power Rangers atau Penyu Ninja. Barangkali kita terpaksa menukar satu kamar mandi menjadi ruang solat. Barangkali kita teringat bahawa perempuan di rumah kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah SAWW. Beliau tentu tersenyum.....
Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita.. Belum lagi koleksi kaset/CD kita dan anak-anak kita.. Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita.. Kemanakah kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita? Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahawa kita tidak ke masjid meskipun azan berbunyi. Beliau tentu tersenyum.....
Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat azan Maghrib, keluarga kita malah sibuk di depan TV. Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi. Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah menjalankan solat sunat. Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita jarang membaca Al-Quran. Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak mengenal tetangga-tetangga kita. Beliau tentu tersenyum.....
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAWW menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat di depan rumah kita. Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah bertanya tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di tempat kita. Betapa senyum beliau masih ada di situ.....
Bayangkan apabila Rasulullah SAWW tiba-tiba muncul di depan rumah kita... Apa yang akan kita lakukan? Masihkan kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan beliau masuk dan menginap di rumah kita? Atau akhirnya dengan berat hati kita akan menolak beliau berkunjung ke rumah kerana hal itu akan sangat membuat kita kalut dan malu? Maafkan kami, ya Rasulullah..... Masihkah beliau tersenyum.....? Senyum pilu, senyum sedih dan senyum getir..... Oh, betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah SAWW.....

"Maafkan kami yaa Rosulullah.......hadirlah slalu di hati kami yaa Rosulullah......Tolonglah kami yaa Rosulullah......Sampaikan ampunan kami kpd TuhanMu yaa Rosulullah......Syafaati kami yaa Rosulullah..........."
AMIN....
.