Ihsan Dari Muhammad Nasir [alkausar1@hotmail.com]
(Penghargaan kepada Sheikh Nuh Ha Mim Keller terhadap sumbangan beliau dalam artikel ini.)
1. Pengenalan
Kesangsian terhadap Hakikati al-Muhammadiah umumnya terletak pada beberapa sudut:
1. Adakah ia suatu yang berada dan berasaskan Islam. Justeru perlu ditelah dari sudut al-Quran dan hadith dan bukan dari sumber lain. Aspek ini telah pun diungkap pada .
2. Apakah yang di istilahkan sebagai Hakikat Muhammad dan kedudukannya dalam kontek ke Islaman keseluruhannya. Seperti istilah Al-Bayan dalam tafsir, 'illah dalam qias, usul dan furu' dalam fekah dan lain-lain lagi, Hakikat Muhammad dalam tasawwuf perlu dijelaskan bagi tujuan akedemik.
3. Keperluan untuk membeza dan menyatukan perkaitan Hakikat Muhammad dengan Nabi Muhammad s.a.w, Nur dengan basyar, sunnah dengan fitrah pada tempat yang semestinya.
Seandainya Hakikati Muhammadiah suatu aspek KeIslaman yang tetap dan bukan dibuat-buat, maupun sebagai bida'ah hasanah, maka penolakkan terhadap kedudukannya secara terus akan 'mencacatkan' pegangan seseorang muslim, tanpa kita meletak sebarang hukum terhadap 'kecacatan' berkenaan. Sementara menghukum bukan satu ciri dalam tasawwuf, memperbaiki kecacatan amat diberi penekanan.
Penolakkan atau penerimaan terhadap sesuatu aspek dalam Islam adalah berbeza diantara yang berasaskan ilmu dengan tanpa ilmu. Dengan ilmu, perbezaan pendapat cuma akan timbul pada aspek-aspek iktilaf sahaja, dimana perbezaan pendirian tidak akan mejejaskan fundemental aqidah dan keugamaan seseorang. Sebaliknya, dengan tanpa ilmu, perbezaan yang wujud akan meletakkan kedua-dua pendapat yang berbeza ini pada dua penghujung yang ekstrem, diantara sah dan batal atau lebih lagi di antara wajib dan haram. Cuma satu saja yang betul.
Implikasinya ialah ia akan mencacatkan institusi taqlid, dengan menjejaskan pemahaman masyarakat ramai dan terhadap arah tuju mereka untuk mendapat pedoman. Firman Tuhan untuk merujuk kepada ahl dikr jika kita tidak mengetahui akan berpecah arah. Ia akan membentuk dua arah yang extreme dimana sempadannya di tengah- tengah adalah orang-orang yang merendahdiri terhadap kejahilan mereka. Justeru, norma kesederhanaan akan terletak pada orang dalam kejahilan ini dan bukan pada orang yang berilmu yang sepatutnya menjadi contoh dan tauladan dalam bersederhana.
2. Tasawwuf dan Hakikat Kejadian
Bila golongan tasawwuf menjelaskan bahawa, "Awal-awal ugama mengenal Allah," pendirian ini sebenarnya ialah satu pendirian yang amat sederhana, mungkin kurang lagi, berbanding dengan firman Allah s.w.t:
"Tidak Kami jadikan jin dan manusia, melainkan beribadah kepada Ku (Surah 51:56)
Diamati secara halus ayat di atas,
· jika Tuhan tidak jadikan manusia dan jin, mustahil makhluk-makhluk ini akan dapat mengenal Tuhan.
· Seterusnya, betapa banyak pula dari kalangan manusia dan jin yang beribadah kepada yang lain daripada Allah s.w.t.? Ini adalah kerana mereka tidak mengenali tuhan mereka.
Dalam kontek ini mengenal adalah satu syarat pertama, jika tidak utama, untuk beribadah kepada Tuhan.
al-Baghawi(Ma‘alam al-tanzil, 5.230) merujuk bahawa Mujahid [ibn Jabr al-Makki (m. 104H), berkata, " ...melainkan beribadah kepada Ku"bermaksud, 'melainkan untuk mengenal Aku'. Agak menghairankan seorang tabiun yang terawal dan dekat sekali dengan zaman para sahabat berpendirian sebegini, jika tidak ia satu pendirian yang benar. Ini adalah kerana zaman para sahabat berakhir antara 90H-100H. Sahabat yang terakhir di Kufah adalah pada 86H atau 87H. Yang terakhir di Madinah, Sahl ibn Sa'd al Sa'idi, meninggal pada 91H. Yang terakhir di Basrah ialah Anas bin Malik meninggal pada 91H atau 93H, sementara di Damsyik ialah Abdullah bin Yusr. Sahabat yang terakhir ialah 'Amir ibn Wathilah ibn 'Abd Allah (Abu Tufayl), meninggal pada 100 AH. Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat kepada semuanya, Al-Fatihah.
Seterusnya ayat di atas menegaskan bahawa kejadian jin dan manusia tidak mempunyai tujuan lain, kecuali beribadah semata-mata kepada Allah s.w.t. Tasawwuf menekankan terhadap setiap perlakuan yang didzahirkan oleh manusia dan jin tidak boleh terkeluar daripada peribadahan dan setiap perlakuan itu adalah ibadah. Satu tanggungjawab yang sungguh berat terhadap mereka yang telah dijadikan oleh Allah s.w.t; tanpa alternatif dan tanpa tidak.
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya. Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya. (Surah 99:7-8)
Dan tidaklah engkau dalam menjalankan sesuatu urusan, dan tidaklah engkau dalam membaca sesuatu surah atau sesuatu ayat dari Al-Quran dan tidaklah kamu dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya. Dan tidak akan hilang lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata. (Surah 10:61)
Langsung, syarat selepas mengenal, ialah apa dan bagaimanakah beribadah kepada Allah. Persekitaran masaalah ini mempunyai dua senario yang berbeza :
· Bagaimana hendak di ibadahkan semua perlakuan agar menjadi satu ibadah yang tidak terputus-putus; atau sebaliknya;
· Memahami hakikat bahawa kesemua yang terdzahir daripada kejadian jin dan manusia itu adalah sebenarnya suatu ibadah yang tidak putus-putus kepada PenciptaNya.
Kedua-dua senario ini ada kesahihannya, akan tetapi yang mana satukah yang benar? Sementara yang pertama menitikberat terhadap mengibadahkan kejadian manusia dan jin itu sendiri secara sedar, yang kedua pula menitikberat kepada mengibadahkan kepercayaan, faham, dan persepsi terhadap kejadian itu sendiri. Atau, mungkinkah kedua-duanya adalah benar?
Persoalan yang sama pernah dibangkit suatu masa dahulu oleh satu makhluk lain yang Allah s.w.t jadikan:
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya: "Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".( Surah 2:30)
Kedua-dua syarat mengenal dan bagaimana beribadah adalah untuk merealisasikan ketetapan Allah s.w.t bahawa manusia dan jin itu dijadikan semata-mata untuk beribadah kepada Allah s.w.t dan tidak lain daripada itu. Pun begitu, yang pasti, hakikat kejadian itu adalah untuk beribadah kepada Allah s.w.t, noktah.
0 komentar:
Posting Komentar