3. Hakikat Ibadah dan Mengenal
Peribadahan yang sempurna mesti merangkum apa yang menjadikan manusia atau jin itu, termasuk akal dan fikiran; percakapan, pandangan dan pendengaran; pergerakan dan tingkah laku; perwatakan dan perangai; serta tanggapan dan persepsi. Kesemua ini mesti dikaitkan kepada peribadahan terhadap Penciptanya.
· Secara statik, prespektif ibadah yang paling komprehensif adalah Iman, Islam dan Ehsan. Sementara Iman adalah peribadahan melalui pegangan dan kepercayaan; Islam pula adalah peribadahan melalui perlakuan. Walaupun sebahagian muslim tidak menitikberatkan Ehsan, lewat tasawwuf, ia adalah peribadahan dengan akhlak dengan menggariskan nilai-nilai murni disebalik semua niat dan iktikad. Ia adalah perantaraan di antara Iman dan Islam. Ketiga-tiga komponen ini saling mengukuh di antara satu sama lain dalam mengabdikan diri kepada Penciptanya.
Berpegang kepada Ehsan adalah lebih selamat berbanding dengan tidak, kerana Ehsan membentuk sedardiri (self-conscience) terhadap segala perlakuan dan niat, dan rendahdiri terhadap Penciptanya. Ia adalah 'ilmu rasa' yang sama luas bidang pengkajiannya seperti Iman dan Islam itu sendiri. Ulama' masakini mengistilahkan Ehsan sebagai peribadahan saikologi.
· Prespektif pengibadahan secara temporal(masa) pula, bertitik tolak dari mula kejadian manusia dan jin, kepada adanya manusia dan jin, sehinggalah ke akhirat kelak. Berhubung dengan kedudukan akhirat dalam kontek beribadah adalah kerana ciptaan Tuhan itu masih ada sehingga ke akhirat, dan perintahNya terhadap kejadian ini adalah tetap "......melainkan beribadah kepada Ku". Jarang sekali, ataupun mungkin tidak, ada ulama masakini yang pernah mengupas hukum-hakam bersabit dengan peribadahan semasa di akhirat kelak sebagai persediaan; baik di syurga maupun di neraka. Suatu persoalan yang agak 'kurang logik' pada tahap pemahaman masyarakat maupun ulama sekarang, walaupun berasas, wallahu a'lam.
Justeru, dari segi hakikat, tasawwuf memandang bahawa perlakuan manusia dan jin sehingga pada akhirat kelak adalah sebahagian daripada ibadah dan bukan ganjaran dari ibadah itu. Persoalan ganjaran tidak timbul kerana hakikat beribadah adalah kerana:
1. kenalnya kepada Allah s.w.t semata-mata; dan bukan yang lain;
2. kenalnya akan hakikat kejadiannya untuk beribadah; dan bukan pula kerana ganjaran.
Tuhan berfirman:
"Katakanlah, "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadahku, hidupku dan matiku adalah kerana Tuhan semesta alam." (Surah 6:162)
Paling ketara disini ialah tujuan beribadah semestinya tidak campuradukkan dengan ganjaran beribadah.
Hakikat kenalnya kita kepada Allah s.w.t. dan menerima bahawa Dialah yang menjadikan kita serta tujuan kita semata-mata untuk beribadah kepadaNya disamping mengelak diri kita dari golongan yang lain dari pegangan ini, tergaris nyata dalam pengakuan kita dalam sembahyang, pada doa iftitah. Disini kita memperkukuhkan niat dan pendirian kita seperti juga Nabi Ibrahim a.s, dan mengikuti jejak langkah baginda dengan membuat pengakuan;
" Sesungguhnya aku menghadapkan muka dan diriku kepada Yang menjadikan langit dan bumi, sedang aku tetap (pada dasar tauhid), dan bukanlah aku terdiri dari orang yang musyrik (Surah 6:79)dan seterusnya; "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadahku, hidupku dan matiku adalah kerana Tuhan semesta alam."
Mustahil tasawwuf boleh menidakkan syariat, memandangkan perlunya kita menegakkan iktikad dan niat terhadap peribadahan di atas kejadian kita sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Tasawwuf juga tidak menidakkan pegangan syariat terhadap isu buruk-baik, dosa-pahala dan syurga-neraka kerana ia juga adalah sebahagian dari ibadah. Dalam menegakkan shi'ar Islam, manusia perlu diajak untuk mengenal Penciptanya, keperluan untuk beribadah kepada Penciptanya dan nikmat terhadap keabdiannya kepada Allah s.w.t dan bukan yang lain dariNya. Disamping itu juga norma-norma perlakuan dari segi tahap dan syarat peribadahan telahpun ditetapkan dalam shariat.
Perbezaan terletak dari segi penekanan. Pada fekah, wajib adalah kemestian yang tidak dapat tidak dan sunat adalah suatu yang digalakkan. Sebaliknya bagi tasawwuf, wajib adalah cuma kelayakan minima, sementara sunat adalah satu keperluan yang mesti mengikuti yang wajib untuk sempurna. Ringkasnya, akhlak pengabdian bukanlah setakat melepas batuk ditangga. Akhlak pengabdian ialah menjerumus seluruh diri kedalamnya semata-mata kerana Tuhan semesta alam dan semata-mata kerana Allah s.w.t.
Perbezaan penekanan ini bukanlah satu percanggahan atau pertentangan, melainkan cuma satu aspek iktilaf dalam berugama, wallahu a'lam. Ini adalah kerana:
· Masing- masing tidak menidakkan hukum wajib ataupun sunat, maupun mubah, makruh dan haram.
· Masing-masing tidak mendahulukan sunat dari yang wajid ataupun sebaliknya meremehkan wajib dari sunat.
Tidak menghairankan jika seorang sufi melakukan 200 rakaa'at sehari, atau berdzikir purata sebanyak 4000 sehari dan sebagainya. Malah ini adalah rasionale' Muhammad s.a.w. tidak jemu-jemu beribadah ke hadrat Allah s.w.t. Begitulah usaha hamba dalam keabdian. Pun begitu, pendirian ini sebenarnya adalah satu pendirian yang amat sederhana, mungkin kurang lagi.
".......Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".( Surah 2:30)
4. Hakikat Mengenal dan Muhammad s.a.w
Hakikat kenal adalah agak komplex untuk difahami kerana ia melibatkan beberapa aspek yang saling berkaitan antara satu sama lain, sehingga mungkin menenggelamkan pengkaji di dalam kancahnya. Dihujung rantaian mengenal ialah kenal Allah s.w.t. Kesempuranaan mengenal Allah s.w.t. ialah tidak menyengutui Dia dengan yang lain, justeru, kita juga kenal apa yang mustahil Dia. Hakikat mengenal juga menterjemah diri kepada peribadahan kepadaNya. Ia adalah terjemahan kejadian diri, kepada pengabdian diri kepada Penciptanya. Kesemua ini adalah agak membinggungkan kerana hakikat kejadian ialah beribadah, dan hakikat beribadah ialah mengenal dan bukan sebaliknya.
Justeru, perlu kita melangkah satu tapak kebelakang, agar pandangan kita terhadap apa yang diteropong dengan dekat nampak pada prespektif yang lebih luas dan terang. Hakikat mengenal nampaknya merangkum kesemua aspek perbincangan iaitu:
1. Pencipta,
2. kejadian,
3. tujuan penciptaan, dan
4. perkaitan di antara Pencipta dengan yang dijadikan.
Ini adalah kerana hakikat mengenal bukanlah satu aspek malah kesemua aspek dan hakikat mengenal bukanlah berkenaan faktor aspek tetapi berkenaan seorang yang dinamai Muhammad s.a.w. Kesempurnaan mengenal itu cuma terletak pada baginda. Melalui baginda datangnya Al-Quranul Majid dan pada baginda terletak Sunnah perlakuan yang disanjung. Jika seseorang itu mengenali hakikat ketuhanan maka:
1. kenal ia pada Allah s.w.t dan tidak menyengutuiNya;
2. menerima hakikat kejadiannya adalah semata-mata beribadah kepada Penciptanya;
3. dengan sebaik-baik contoh keimanan, keislaman dan keehsanan; dan
4. mengabdikan diri dengan sesempurna peribadatan hingga ke akhirat;
Pasti tidak akan ada satu mukhluk pun yang layak berdiri pada kedudukan ini melainkan Muhammad s.a.w;hakikat mengenal dan kesempurnaan mengenal.
Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh serta beriman kepada yang diturunkan kepada Muhammad (s.a.w) - yang ialah kebenaran dari Tuhan mereka, - Allah mengampunkan dosa-dosa mereka, dan menjayakan keadaan mereka.(Surah 47:2)
Ayat ini adalah satu dari cuma empat ayat yang nama Muhammad s.a.w disebut secara langsung dalam Al-Quran.
Harus kita ingat bahawa selepas Isa Al-Masih a.s., syariat Islam kepada kemanusiaan telah terputus hampir 500 tahun. PENGETAHUAN terhadap Islam dan terhadap adanya PENCIPTA kepada semua ini telah hilang dari pengetahuan kemanusiaan. Jelas, KNOWLEDGE terhadap pencipta dan yang diciptakan, dan KNOWHOW terhadap peribadahan dan pengabdian diri telah lenyap samasekali dari kemanusiaan. Pendzahiran Muhammad s.a.w, pada kontek ini, bukan saja perlu malah kritikal.
Mengenal yang hakiki sebenarnya tidak dapat dibuktikan dengan penganalisaan deria maupun akal, kecuali peringatan terus dari Pencipta Yang Maha Mengetahui terhadap bagaimana Dia boleh dikenali. Tasawwuf menerima bahawa akal sebaliknya boleh menjadi penghalang atau 'hijab' terhadap diri dalam beribadah seandainya ia tidak menerima 'input' yang sempurna lagi benar. Logik akal adalah terhad dan bukannya suatu kelebihan dari segi keugamaan. Ini kerana ia adalah keupayaan makhluk, dan cuma suatu ciptaan dari sudut ketuhanan. Akal melalui proses kenal, tahu, terima dan tunduk dan ini adalah satu proses melalui masa, yang berubah-ubah dan tidak mutlak maupun muktamat.
Pengenalan yang sempurna lagi tepat datangnya dari Allah s.w.t sendiri, melalui perantaraan malaikat, dalam bentuk kitab dan suhuf kepada Pesuruh-pesuruhNya. Muhammad s.a.w. adalah penghujung rantaian peringatan dan khabar gembira sejak Adam a.s hingga ke akhirat kelak. Jika golongan jin dimasukkan ke dalam topik perbincangan, ia akan menjangkau lebih awal lagi dari Adam a.s, pun bagitu, bagi memudahkan topik perbincangan, sewajarnya dihadkan setakat itu, wallahu a'lam.
Bukanlah Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan* segala Nabi-nabi (khotamal nabiyin). Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah 33:40)
Baginda adalah hakikat mengenal dan 'khotamal nabiyin', yang membenarkan peringatan sebelum baginda dan penggenap semua peringatan ini terhadap ADAnya Tuhan dan peribadahan terhadap NYA. Hakikat khatam tidak harus dipandang cuma sebagai akhir, kerana jika dicontohkan seseorang itu cuma membaca juzuk ke 30 Al-Quran dan kita terima bahawa dia telah khatam Al-Quran maka ini adalah satu tanggapan yang menyeleweng sebagai dia telah sempurna pengajian Al-Quran. Khatam Al-Quran, seseorang itu mestilah kenal, tahu, dan telah membaca keseluruhan al-Quran dan 'upacara' khatam adalah cuma satu formaliti yang mengenapkan, atau lebih tepat menyempurnakan seluruh pengajian beliau. Pada masa yang sama tiap-tiap juzuk dan itu mempunyai keunikan yang tersendiri yang mesti dihayati oleh pembaca sebelum khatam. Bagitu juga juzuk yang ke 30 itu sendiri.
Begitulah pendiriannya terhadap Nabi Muhammad s.a.w. Pendzahiran Muhammad s.a.w. adalah formaliti untuk menyempurnakan* hakikat kenabian dan kerasulan dan hakikat mengenal iaitu untuk memberi peringatan atau memberi tahu kepada kemanusiaan (manusia dan jin) terhadap hakikat Ketuhanan. Kita tidak seharusnya menafikan bahawa tiap-tiap rasul dan nabi, masing-masing mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri. Akan tetapi tiap-tiap satu adalah terhad pada jangka waktu tertentu dan kepada sesuatu kaum tertentu sahaja. Terdapat beberapa aspek yang harus ditekankan berhubung dengan pendzahiran Muhammad s.a.w :
· Baginda sendirinya adalah seorang Rasul dan Nabi.
· Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul. Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan sesiapa yang berbalik maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (Surah 3:144)
· Sebagai yang terakhir, baginda adalah pengenap perutusan peringatan-peringatan dari Allah s.w.t. Justeru, baginda menjadikan sempurnanya peringatan dari Allah s.w.t.
· "Ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi; perjanjian setia mereka, dan dari engkau sendiri (wahai Muhammad), dan dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahim, dan Nabi Musa, serta. Nabi Isa ibni Maryam; dan Kami telah mengambil dari mereka: perjanjian setia yang teguh ;" (Surah 33:7) Bahawa Rasullullah s.a.w. berkata, "Aku adalah yang pertama dijadikan dan yang terakhir diutuskan." (al-Khasa’is al-kubra, ms. 3).
· Diriwayatkan oleh Abu Huraira:
Rasullullah s.a.w berkata, " Persamaan aku berbanding dengan nabi-nabi sebelumku, ialah bagai seorang yang membina rumah dengan baik dan cantik, kecuali satu tempat bagi seketul bata pada suatu sudut. Orang akan memasukinya dan takjub dengan kecantikannya, tetapi berkata, 'Bukankah bata ini akan meletakkan (rumah ini) pada tempatnya.' Maka akulah bata berkenaan, dan aku adalah yang terakhir daripada para nabi-nabi." (Sahih Bukhari Jld. 4, Bk. 56, No 735)
· Sebagai yang terakhir, baginda juga mengesahkan apa yang datang sebelum baginda dan menyempurnakan peringatan-peringatang yang sebelum baginda dengan membawa suatu peringatan yang bukan saja tersendiri dengan sendirinya malah merangkumi semua peringatan yang datang sebelum baginda untuk membolehkan baginda mengesahkan kebenaran mereka. Tegasnya, ia adalah 'complete.'
· Sahih Bukhari Jld. 4, Bk. 55, No. 555:
Diriwayatkan oleh Abu Said: Rasullullah s.a.w berkata, " Nuh a.s dan kaumnya akan datang (pada Hari Akhirat dan Allah s.w.t akan bertanya kepadanya), " Adakah engkau sampaikan (Peringatan Kami)? Dia menjawab, "Ya, wahai Tuhanku," Kemudian Allah s.w.t. akan bertanya kepada kaumnya," Adakah Nuh a.s menyampaikan PeringatanKu kepada kamu?" Mereka menjawab," Tidak, tiada nabi yang datang kepada kami." Kemudian Allah s.w.t akan bertanya kepada Nuh a.s.,"Siapakah yang akan menjadi saksi bagi kamu?" Dia akan menjawab," Muhammad dan pengikutnya." Maka aku dan pengikutku akan berdiri sebagai saksi baginya." Itu adalah,(tafsiran) bagi firman Allah s.w.t: "Dan demikianlah, Kami jadikan kamu satu umat yang terpilih lagi adil, supaya kamu menjadi orang yang memberi keterangan kepada sekelian umat manusia ........... (Surah 2:143)
· Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): "Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya". Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): "Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu?" Mereka menjawab: "Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)". Allah berfirman lagi: "Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu." (Surah 3:81)
· Dengan dzahirnya Muhammad s.a.w, ia bukan saja sempurna, malah baginda adalah kemuncak pendzahiran, peringatan dan peribadatan kepada kemanusiaan, masyaAllah.
· Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul. Dan cukuplah Allah menjadi saksi . (Surah 4:79)
Baginda ialah nabi disebalik kenabian, rasul disebalik kerasulan. Tegasnya, jika Muhammad s.a.w adalah hakikat mengenal, maka semestinyalah baginda adalah sebaik-baik keislaman disebalik Islam, sebaik-baik keimanan disebalik Iman dan sebaik-baik keehsanan disebalik Ehsan. Sebaik-baik peribadahan sejak kejadian jin dan manusia juga semestinya ada pada perlakuan baginda. Ini jelas kerana baginda adalah sunnah disebalik Al-Quran, mashaAllah. Baginda Rasullullah s.a.w bukan saja unik kerana merupakan kesemprnaan semua kenabian dan kerasulan, malah adalah juga unik sebagai seorang Rasul dan nabi yang tersendiri seperti nabi-nabi dan rasul-rasul yang lain.
Sebelum menutup bab ini, elok juga kita memperingati diri kita bahawa pada akhir zaman kelak isu kembalinya Isa Al-Masih a.s. dan Imam Al-Mahdi tidak sekali-kali memansuhkan pendirian setakat ini. Berdasarkan ahadith yang bersabit dengan kedatangan kedua-duanya, masing-masing akan tegak dan menegakkan syariat Muhammad s.a.w. Pada ayat Surah 33:7 dan Surah 4:79 di ataspun jelas berkenaan kedudukan ini.
Diriwayatkan oleh Abu Huraira:
Rasullullah s.a.w berkata: Bagaimanakah kamu apabila anak kepada Maryam turun di antara kamu dan dia akan menghakimi orangramai mengikut hukum Al-Quran dan bukan dengan hukum Injil (Fateh-ul Bari mk.304-305 Jld. 7 dan Sahih Bukhari Jld. 4, Bk. 55, No. 658)
ketinggalan maneeehh.. syukron nich posting bagus banget.
Aku ngangeni Mbah Zain.. apa baik2 saja ya?
Doaku semoga Mbah Zain selalu sehat.. aamiin