PEMBENCI THORIQT DAN TASHOWWUF ADALAH PARA PECUNDANG

Posted in Sabtu, 26 Maret 2011
by Unknown
TARIKAT TASAWUF SESAT?

Maksud tarikat secara umumnya ialah suatu jalan (tarikat) yang dilalui seseorang Islam itu untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala. Di sini kita tidak menafikan bahwa wujud segelintir tarikat yang sesat dan tidak mengikut syariat Islam yang benar. Namun untuk menghukum kesemua tarikat tasawuf adalah salah dan sesat secara pukul rata, dakwaan ini tidaklah boleh diterima akal sama sekali. Ulama-ulama muktabar Islam juga turut mengakui kebenaran tarikat tasawuf ini dan ada di antara mereka merupakan pengamal tarikat di antaranya Imam Hanafi (Silakan rujuk kitab ad-Dur al-Mukhtar). Ini merupakan bukti yang kukuh lagi kuat untuk menyatakan bahawa tarikat adalah dibenarkan dan bertepatan dengan Islam. Mana mungkin para ulama muktabar yang begitu memahami dan mendalami Islam mengamalkan tarikat tasawuf jika ia sesuatu yang sesat dan bid'ah dlolalah

Berkata Imam Syafii:

Disukai bagiku dari pada duniamu tiga perkara: Meninggalkan perkara yang membebankan diri, dan bergaul sesama makhluk dengan lemah lembut, serta mengikuti jalan ahli tasawuf.

(Kitab: Kasfu al-Khafa Wa Mazilu al-Albas).

Adapun ahli tasawuf yang sebenarnya tidaklah terlepas dari melakukan syariat Islam bahkan merekalah golongan yang selalu memperbanyakkan lagi amalan-amalan baik dengan berlipat-lipat kali ganda. Ini karena tasawuf dan tarikat itu sendiri terikat dengan al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. sepertimana yang diterangkan oleh Imam Junaid:

Mazhab kami terikat dengan dasar al-Quran al-Karim dan as-Sunnah S.A.W.

(Kitab: al-Tabaqat as-Sufiyyah).

Bagi pengamal tarikat tasawuf Islam yang telah lama maupun kepada yang baru berkenalan dengan tarikat, mungkin kata-kata dari Syeikh Abdul Qadir al-Jailani ini boleh dijadikan pedoman serta panduan:

Sesungguhnya meninggalkan ibadah fardhu adalah zindiq,


Melakukan yang haram atau yang dicegah adalah maksiat,

Perkara fardhu tidak akan gugur daripada seseorang individu walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

(Kitab: al-Fathu ar-Rabbani).

jadi berdasar Syekh Abdul Qodir al-Jaelani walaupun tingkatan makrifat, harus tetap mengamalkan syari'at sebagaimana Nabi Muhammad S.A.W.

Di sini ana ingin katakan bahwa tarikat tasawuf bukanlah suatu yang sesat dan bid'ah dlolalah dalam Islam sebagaimana yang didakwa oleh sebagian pihak, bahkan tasawuf adalah sebagian dari Islam melalui pengiktirafannya mengenai Ihsan di dalam hadis Jibril A.S. Adapun tarikat yang sesat itu sebenarnya bukanlah dinamakan tarikat tasawuf bahkan mereka ini adalah perusak tasawuf. Mereka mendakwa sebagai pengamal tasawuf, akan tetapi mereka menyeleweng dari landasan yang telah ditetapkan oleh Islam. Inilah di antara masalah-masalah yang terpaksa di hadapi oleh para pengamal tarikat tasawuf sehinggakan ia memberi peluang kepada musuh-musuh tasawuf untuk melancarkan serangan jahat terhadap Islam secara umumnya dan tasawuf secara khususnya.

Namun ada sebagian pengamal tarikat tasawuf (oknum ilmu tasawuf) yang terlalu taksub sehingga mengatakan semua pihak yang mendakwa diri sebagai tarikat adalah betul dan tidak salah sama sekali. Mereka ini terus menyalahkan dan memaki-hamun siapa saja (di manakah akhlak sebagai seorang pengamal tasawuf?) yang mendakwa sesuatu tarikat itu tidak bertepatan dengan Islam walaupun orang yang berkata itu adalah para ulama sufi sendiri. Sedangkan kita semua juga mengetahui bahwa wujud segelintir tarikat yang menyalahi syariat Islam sebagaimana yang telah ana jelaskan di atas. Sikap ketaasuban mereka yang terlalu melampau ini juga bisa membuka ruang bagi musuh-musuh tasawuf dan tarikat untuk merendah-rendahkan Islam dan mengucar-kacir masyarat Islam itu sendiri.

SUFI ATAU PENDAKWA SUFI?

Pada hari ini kelihatan tasawuf dikecam dan diburukkan dengan begitu hebat oleh segelintir golongan yang mempunyai niat busuk lagi keji. Ada di kalangan mereka bertopengkan tasawuf serta menisbahkan diri kepada tasawuf. Ada juga di kalangan mereka yang menabur fitnah yang terus-terusan kepada pengamal tasawuf dengan tuduhan-tuduhan yang tidak benar. Mereka memburuk-burukkan tasawuf dengan berbagai cara di antaranya melalui kata-kata atau ucapan-ucapan umum, perbuatan, perjalanan hidup, penulisan dan sebagainya lagi sedangkan mereka ini tiada hubungannya dengan tasawuf. Ini menyebabkan masyarakat memandang serong terhadap pengamal tasawuf di sebabkan fitnah yang disebarkan oleh mereka yang konon-kononnya memahami agama Islam. Adakah tindakan mereka itu melambangkan mereka benar-benar memahami Islam?

Pertolongan Allah Taala sentiasa datang untuk membantu hamba-hambaNya yang benar. Allah Taala menunjukkan penyelewengan pendakwa kesufian yang menyeleweng ini untuk membedakan dengan ahli sufi yang sebenarnya. Di antaranya muncul para ulama muktabar terdiri daripada kalangan imam-imam yang diketahui keilmuan dan kealiman mereka itu dan mereka juga ialah tokoh-tokoh sufi yang begitu masyhur serta diakui kehebatannya. Mereka memberi pengakuan dan pengiktirafan terhadap tasawuf ini bahkan mereka juga di antara pengamal tasawuf yang diikuti oleh umat Islam. Mereka bangkit berdakwah dan menyampaikan kebenaran dan menagkis segala kebatilan yang datang dari musuh-musuh tasawuf.

Berkata Syeikh Abdul Kadir Isa:

Di sana terdapat perbedaan yang begitu jelas di antara tasawuf dan sufi. Golongan yang mendakwa tasawuf dengan segala penyelewengan dan perselisihan bukanlah merupakan gambaran kepada tasawuf. Ia sebagaimana seorang muslim dengan segala perbuatannya yang mungkar bukanlah merupakan gambaran kepada Islam dan agama anutannya.
(Kitab: Haqaiq An al-Tasawuf).

Golongan yang baik ataupun jahat sentiasa ada di dalam semua golongan sehingga hari kiamat. Bukan semua ahli sufi itu sama tarafnya. Ada di kalangan mereka yang soleh dan ada di kalangan mereka yang lebih soleh. Ada yang hebat dan ada yang lebih hebat. Begitu jugalah umat dari generasi salaf yang ada di antara mereka yang baik lagi soleh dan ada di antara mereka yang jahat dan tidak soleh. Semua ini adalah ketentuan dari Allah Taala sebagai ujian dan dugaan kepada hambaNya yang beriman lagi bertakwa.

KESIMPULAN
ana ingin menasihati para sahabat sekalian (serta tidak di lupakan untuk diri sendiri juga) yang begitu bermusuhan dengan tasawuf dan tarikat agar kalian kembali kepada kebenaran. Janganlah kalian bersuka-suka menimbulkan fitnah dan tuduhan terhadap tasawuf yang kalian sendiri tidak fahami dan dalami. Apakah gunanya kali menabur fitnah di dunia yang sementara ini sedangkan kalian akan di hisab di akhirat kelak? ana doakan agar kalian akan diberikan cahaya kebenaran dari Allah Taala.

Semoga penjelasan dan penerangan ringkas ini sedikit banyak dapat memperbaiki tanggapan negatif dan salah faham yang timbul di antara umat Islam masa kini terhadap tasawuf dan tarikat. InsyaAllah. Akhir kata, ana sebenarnya bukanlah di kalangan orang yang begitu layak untuk membicarakan perihal tasawuf ini, akan tetapi inilah sumbangan sekedarnya yang bisa ana tulis untuk membantu agama Islam agar tidak terus dinodai.